Affiliate - Boleh ke buat AKU KAYA
- Posted by ayu on November 24th, 2008 filed in affiliate, tawaran
- 2 Comments »
Affiliate adalah agen yang mempromosikan sesuatu produk melalui sistem affiliate. Dia akan mendapat komisen bergantung kepada jumlah jualan dan kadar yang telah ditetapkan oleh penganjur program affiliate. Ada yang menawarkan sehingga 80% komisen ada yang serendah RM10 per jualan.
Jika komisen hanya RM10 bagaimana nak dapat duit BANYAK? ermmmm…. mari kita buat sedikit kira-kira
1 jualan x RM10 = RM10.00
10 jualan x RM10 = RM100.00
100 jualan x RM10 = RM1,000.00
Bermakna anda perlu hasilkan lebih daripada 100 jualan untuk merasa pendapatan 4angka sebulan. Bunyi agak mustahil kan..
Kebanyakan program affiliate adalah percuma untuk mendaftar. Anda tidak perlu membayar yuran atau membeli produk terlebih dahulu. Selepas mendaftar anda akan diberikan satu link dengan id anda sebagai affiliate. Tugas anda selepas itu hanya perlu lakukan promosi dan promosi dan promosi. Pihak penyedia program juga turut menyediakan banner untuk memudahkan anda. Setiap pembelian yang dilakukan melalui link affiliate anda akan mendapat komisen. Nampak macam mudah pulak kan.
Bagaimana pula jika seseorang klik pada link anda tapi tidak terus membeli, mungkin nak tunggu 2 hari lagi selepas dapat gaji. Jangan risau sebab sistem affiliate mempunyai cookies. Ia mampu menyimpan maklumat ringkas apabila pelawat melawat sesebuah laman web. Anda masih mendapat komisen walaupun selepas 2 hari atau pelawat tersebut terus membeli daripada laman web utama tanpa link affiliate anda.
Baiklah berbalik pada persoalan kita….mampukah affiliate memberikan wang BESAR. Apa yang anda perlu tanamkan dalam fikiran, tiada jalan singkat untuk berjaya! Walau apapun pekerjaan kita perlu berusaha keras untuk mencapai apa yang kita mahu. Kalau nak makan kita perlu basuh tangan, ambil pingan cedok nasi kemudian ambil lauk dulu baru boleh suapkan dalam mulut. Malah mulut perlu bekerja iaitu mengunyah barulah kita boleh merasa nasi. Ini kalau ada orang dah masakkan nasi kalau anda bujang duk sorang apa lagi kenalah masak dulu.
Affiliate mampu menjadikan kita KAYA. Ini berdasarkan beberapa contoh sahabat usahawan internet yang telah berjaya. Tak percaya? Lihat contoh ini :
www.perniagaanlumayan.com/affiliateaplus
Beliau hanya seorang pelajar universiti tempatan tapi mampu nenjana RM1,500++ hanya melalui satu program affiliate. Jika beliau boleh saya yakin saya boleh anda pula bagaimana?
Saya sendiri telah miliki ebook Affiliate A+ yang beliau hasilkan….memang bagus memang berkualiti dan amat berbaloi. Penuh dengan teori dan langkah praktikal yang mudah diikuti sehingga saya terasa begitu teruja tak sabar nak aplikasikannya. Bukan saya sorang malah ramai berasa begitu juga.
www.perniagaanlumayan.com/affiliateaplus
Sekarang saya ingin menawarkan satu hadiah bonus untuk anda. Saya ingin berkongsi wang dengan anda. JIka anda membeli produk Affiliate A+ melalui link saya, anda akan dapat RM5.00 wang bonus dikembalikan kepada anda.
Tawaran ini saya terpaksa hadkan kepada 30 orang pertama sahaja. Amacam ada berani ka?
Sekali lagi saya tekankan tawaran ini terhad jadi siapa cepat dia dapat.
p.s : Jika ada sebarang masalah hubungi saya di sini.
PPL Termahal - Grafik PERCUMA!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda hari ini? Ada sihat ka? Kalu tarak sihat mesti kasi senyum supaya hati lebih senang penyakit cepat sembuh. ;) Wah, banyak betul berita panas di dunia perniagaan internet sekarang ni terutama kat Malaysia nih. Belum reda promosi produk NiagaKit kini terbit pulak produk pay per ...
Yeah, saya muncul lagi!
assalamualaikum dan selamat sejahtera.... Akhirnya dapat juga sy beli monitor baru. Kalu monitor lama saya tak terbakar mungkin sy tak merasa pakai monitor lcd nie. Okla...best dapat monitor baru walaupun second hand sebab customer reject calar sikit tapi monitor still cantik, tak pernah guna. Dapat saya jimat 200 ++. :) Dekat 3 ...
Minat boleh jana duit?
Maafkan saya. Lama saya tak update blog. Agak kekeringan idea. Saya masih tercari-cari apakah tema khas untuk blog ini. Apakah topik utama untuk dibincangkan. Mungkin saya boleh tekankan kepada topik berkaitan blog dan bagaimana menjana keuntungan darinya, atau tentang affiliate marketing, atau tentang senarai prospek - bagaimana mendapatkannya dan mengaut ...
Blogger vs Wordpress?
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Macam mana raya anda? Mesti seronokan. Banyak ker dapat duit raya? Kalau duit raya dapat dari perniagaan internet yang diusahakan selama ini...wah memang best. Walaupun agak sedikit tapi ia adalah hasil kerja keras kita. Mungkin tahun hadapan anda akan dapat lebih..InsyaAllah. Maaflah kalau blog saya nie agak lambat ...
Selamat Hari Raya
assalamualaikum dan selamat sejahtera... Apa khabar? Yeah..esok nak raya!!.. Sedar tak sedar dah hampir pergi Ramadhan meninggalkan kita. Esok kita akan menyambut hari raya tanda kejayaan kita menunaikan satu lagi ibadat wajib iaitu puasa. Malam raya bermakna malam untuk membuat persiapan untuk raya. Macam2 perlu dilakukan, mengemas rumah, pasangkan langsir baru, tukar ...



